Tuesday, November 5, 2013

kisah aku dan dia

salam semua!
sebenarnya aku nak gitau masa aku nak start tulis entry nie kan, 
setiap kali aku tulis mesti aku padam, pastu tulis pastu padam lagi.
sebab? sebab aku taknak entry aku jadi entry yang menyedihkan.
tapi aku mengaku aku menangis bila buat entry nie.
mungkin hati aku sedang rindu, mungkin hati aku sedang gembira.
*sambil layan lagu bila hati dah sayang*
lama tahu nak siapkan entry nie *sigh*

*sengaja besarkan gambar* 
cakkkkk! hehehehe
thanx to final Piala Malaysia 03NOV13 yang buat aku ketemu balik dengan incik pisang aku nie :D
aku pun tak tahu camane aku boleh betol-betol kompem nak pegi final time tuh. kelantan punya pasal! HAHA
tapi kan bila dikira balik dah setahun 11bulan aku tak jumpa ngan incik pisang nie. lama tahu? 
festime jumpa masa kitorang celebrate new year kat Genting Highlands awal tahun lepas.
haha lagi satu plan yang tak diplankan. gila kan?
bayangkan dari Penang aku menapak ke KL :O
thanx to cik fiqa sudi jadi driver aku time tuh *mohon terharu*
pertemuan singkat yang penuh makna.
dalam masa setahun 11bulan banyak cerita sedih yang terjadi,
 airmata yang tumpah, senyum yang terukir dan memori pahit manis yang dipenuhkan dalam kamus hidup.



walaupun kali nie aku dan dia jumpa lagi dalam pertemuan yang singkat,
tapi aku cukup happy. thanx dear!
jujur dari hati aku, dia dah cukup sempurna bagi aku, dah cukup baik bagi aku.
andai dia tertulis untukku, aku terima seadanya dan andainya tiada jodoh antara kita,
saya doakan awak bertemu dengan jodoh yang lagi baik dari saya.
__________________________________________________________________
Dear incik pisang,
awak, firstly saya nak minta maaf sepanjang kita kenal selama tiga tahun nie. dengan salah saya, perangai saya, saya minta maaf. terima kasih sebab sanggup bertahan, sanggup bersabar dengan saya. terima kasih sebab awak masih menerima saya, kisah hidup saya dengan seadanya. terima kasih sebab awak sudi sayangkan saya. saya minta maaf atas setiap airmata yang keluar dari mata awak, saya minta maaf atas sakitnya hati awak kerana saya. saya belajar untuk menghargai apa yang ada di depan mata saya dan saya berterima kasih sebab ditemukan dengan awak :)
__________________________________________________________________

even sepanjang kita berjumpa, macam-macam benda terjadi tapi saya tak kisah,
sebab awak ada kat tepi saya.
paling saya suka bila awak nyanyikan saya lagu. lagu first awak bagi masa memula approach saya.
saya menangis tapi saya rasa happy, rasa bahagia.
masa saya sakit and kena pegi klinik, awak risaukan saya, maaf tau sebab buat awak risau.
terima kasih sebab jaga saya masa tu.
*lap airmata sebab happy*
terima kasih sebab awak sanggup tunggu saya selama nie. saya hargai sangat :)
banyak lagi saya nak tulis tapi biarlah separuh dari tu jadi memori terindah dalam hati saya.
salam sayang dari saya.. XOXO

p/s: walaupun aku dan dia jauh di mata, tapi kami selalu dekat di hati

--------------

by the way, ini aku
cuma seorang aku yang banyak kekurangan

ini dia.
seorang yang telah banyak menyedarkan aku


I LOVE YOU TILL THE DAY I END